Laman Kami

Rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets direkakan khas untuk menjadikan landskap anda semulajadi dan sesuai untuk kediaman, ruang komersial, taman permainan kanak - kanak dan kawasan haiwan peliharaan. Kawasan landskap akan kelihatan kehijauan dan tenang seperti alam semulajadi. Rumput tiruan ini akan mengekalkan warna kehijauan seperti warna rumput asli, kos penjagaan yang rendah,senang untuk dijaga dan mempunyai jangka hayat yang lama antara 8-10 tahun mengikut penjagaan anda berbanding penanaman semula rumput asli. Di Al Aqsa Carpets, kami mempunyai pelbagai jenis rumput tiruan mengikut ketebalan dan kategori seperti Rumput Tiruan Aqsa Deco, Rumput Tiruan Aqsa Outdoor dan Rumput Tiruan Aqsa Sport.

Product Booklet

Testimoni

Terdapat lebih 100+ testimoni daripada pelanggan-pelanggan Al Aqsa Carpets yang menggunakan rumput tiruan ini. Ada pelanggan yang menggunakan rumput tiruan untuk pasang di kawasan balkoni, di kawasan parking rumah, di tangga pejabat dan sebagainya. Ramai daripada mereka menggunakan rumput tiruan jenis Outdoor 20mm dan 35mm. Untuk mereka yang buat pemasangan di kawasan dinding, mereka menggunakan rumput tiruan jenis indoor 15mm atau outdoor 8mm dan 10mm.

Cara Pemasangan Rumput Tiruan

  • Pemasangan secara D.I.Y

    1. Pemasangan menggunakan Double Sided Tape
    2. Pemasangan menggunakan Free Nails Silicone
    3. Pemasangan menggunakan Free Nails Silicone + Pelapik
    4. Pemasangan menggunakan Heatbond Tape
  • Pemasangan atas tanah

Untuk pemasangan di atas tanah, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan;

Langkah 1 : Bersihkan kawasan dari batu dan racun rumput supaya tiada rumput yang tumbuh kelak.

Langkah 2: Gembur tanah supaya ia rata dan padat di setiap ruangan kawasan sebelum meletakkan pasir halus.

Langkah 3: Setelah tanah digembur dan diratakan, letakan lapisan pasir kasar dan padatkan untuk mendapatkan permukaan yang datar atau mengikut ketinggian lantai.

Langkah 4: Bentangkan dan psatikan rumput tiruan memenuhi kawasan yang ingin dipasang.

Langkah 5: Untuk langkah memotong, anda boleh gunakan box knife yang tajam untuk memudahkan kerja.

Langkah 6: Gunakan paku 6" (paku bergalvani) dan dipakukan sehingga dasar tanah supaya ia tidak bergerak. Pakukan semua sudut rumput tiruan sebelum pakukan setiap satu kaki.

Hubungi Kami

Tel: 011-10850314 

Whatsapp: 016-2248425

Dapatkan Quotation Anda secara PERCUMA di sini!

Nama:*
E-mail:*
No. Tel:
-
Butiran:

Sila lawati website kami untuk melihat produk lain-lain yang kami tawarkan